..

Pages

Followers

Monday, September 20, 2010

usrati

hidup kite semakin ari semakin dekat dgn kehidupan berkeluarga...sudahkah anda bersedia untuk merasakan tngungjawab yng akan dipikul oleh dua pihak yng berwajib????untuk mnjaga generasi2 skang amat susah kerna bnyak cabaran yng dihadapi terutamanye suasana yng menguasai.............apepun kite sebagai orang yang sedar,dan waras kerna mmbaca coretan ini mai la kite same membuat preparation..ini dia sedikit tips buat sain2ku...=)

Ciri-ciri Suami Soleh...

1. membina rumahtangga bahagia selaras dengan kehendak Al-Quran dan As-Sunnah.

2. mengajar isteri ilmu Fardhu Ain bagi yang mampu mengajar. Sekiranya tidak, jika tidak wajiblah ia menyuruh isterinya mempelajari ilmu itu daripada guru agama.

3. mendidik isteri dengan lemah-lembut,bermanis muka dan membuat kebajikan untuknya.

4. terlebih dahulu menunjukkan sifat amanah, kasih sayang dan tulus ikhlas kepada isterinya.

5. menyempurnakan hak isteri dengan memberi tempat tinggal yang sempurna, pakaian dan makanan dari punca rezeki yang halal.

6. tidak memberati isteri lebih dari yang sepatutnya dan sentiasa mendidik isteri agar hidup bersabar dengan kesusahan.

7. mendidik isteri supaya berbuat baik dengan kedua orang tuanya dan mertuanya serta hubungi terus rasa kasih sayang sesama mereka.

8. melindungi isteri dari sebarang kemungkinan bahaya didunia dan mengawasi mereka agar tidak melakukan dosa.

9. sentiasa berbalik kepada panduan Al-Quran setiap kali berlakunya perselisihan dan ketidakfahaman di dalam rumahtangga.


Ciri-ciri Isteri Solehah

1. menjadi isteri yang setia dan taat perintah suami selagi tidak bercanggah dengan syariat.

2. sentiasa mendahulukan suami dalam apa jua hal dan keadaan.

3. sentiasa menghiburkan suami terutama apabila ia didalam kesusahan dan kerisauan.

4. sentiasa dalam keadaan kemas, bersih dan menyukakan hati suami apabila dipandang.

5. tidak meminta sesuatu yang berlebihan hingga diluar kemampuan suami menyediakannya.

6. berwangi-wangian ketika suami berada dirumah dan sentiasa mendu'akan keselamatan dan kesejahteraan suami.

7. menyambut kepulangan suami dengan senyuman, disambut dan dicium tangannya.

8. sentiasa menjaga maruah diri, suami dan ibubapanya.

9. tidak sekali-kali menunjukka muka masam dan berlaku kasar terhadap suami serta sentiasa memohon kemaafan dari suami.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...